Senin, 11 Oktober 2010

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 3


SOLAT MALAM DI SISI ISTRI

Menunaikan solat malam merupakan kebiasaan bagi hidup Nabi SAW. kehebatan menunaikan solat malam ini, sehingga akan digambarkan dalam satu riwayat bahwa kedua kaki nabi SAW bengkak lantaran lama berdiri.

Imam At-Tarmizi meriwayatkan, daripada Al-Mughirah bin Su’bah berkata:

صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى انْتَفَخَتْ قَدَمَاهُ فَقِيلَ لَهُ أَتَتَكَلَّفُ هَذَا وَقَدْ غُفِرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ قَالَ أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا

Maksudnya;
“Rasulullah SAW menunaikan solat hingga bengkak kedua kaki Baginda. Dikatakan kepada baginda, apakah sebab kamu menyusahkan diri kamu ini, sedangkan kamu telah diampuni dosa yang telah lepas dan yang akan datang. Berkata Baginda SAW, apakah tidak aku menjadi hamba yang bersyukur
[1]

Kesungguhan Nabi Muhammad SAW dalam melakukan ibadat malam ini, sehingga akan dinyatakan oleh Aisyah bahwa, dalam keadaan uzur pun pasti baginda tetap dengan ibadat malam.

Imam Muslim meriwayatkan hadis, bahwa Aisyah berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَمُتْ حَتَّى كَانَ كَثِيرٌ مِنْ صَلَاتِهِ وَهُوَ جَالِسٌ

Maksudnya;
“sesungguhnya Nabi SAW tidak akan wafat hingga akan banyak solatnya ditunaikan dalam keadaan duduk
[2]

Begitu juga, ketika sakit, baginda SAW tetap menunaikan solat malam mengikut kemampuan Baginda. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan dalam keadaan duduk, baginda akan menunaikan solat malam dengan membaca surah yang lebih panjang dari kebiasaan.

Hal ini merujuk kepada hadis daripada Hafsah binti Omar, istri Baginda Nabi SAW berkata:

لم أر رسول الله صلى الله عليه وسلم قاعدا في سبحة حتى كان قبل موته بعام واحد أو اثنين ، فرأيته يصلي قاعدا في سبحته ويرتل السورة حتى تكون قراءته إياها أطول من أطول منها

Maksudnya;
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW duduk dalam solat sunat melainkan sebelum saat kewafatannya setahun atau dua tahun. Aku melihat baginda SAW menunaikan solat sunat dalam keadaan duduk, dan Baginda SAW akan membaca surah hingga bacaannya itu lebih panjang daripada bacaannya yang panjang-panjang
[3]

Ketika berada di rumah, baginda SAW tidak menunaikan solat malam itu sendirian, bahkan baginda akan membangunkan istrinya untuk menunaikan solat malam bersama-sama.

Imam Abu Daud meriwayatkan hadis, daripada Abu Hurairah R.A berkata, bahwa nabi Muhammad SAW berkata;

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلًا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ رَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنْ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَإِنْ أَبَى نَضَحَتْ فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ

Maksudnya;
“Allah merahmati kepada lelaki yang bangun malam untuk menunaikan solat, lalu membangunkan istrinya. Apabila istrinya enggan bangun, dia akan
memercik-memercikkan air pada mukanya. Allah juga merahmati istri yang bangun malam, lalu membangunkan suaminya. Apabila suaminya enggan, dia akan memercikkan air pada mukanya[4]

Pun begitu, kadangkala ada dari kalangan istri baginda yang sedang haid, menyebabkan Baginda SAW tidak mengganggu mereka tidur. Dalam keadaan itu pun, Baginda SAW tidak berjauhan dari mereka, sehingga menunaikan solat malam bersebelahan dengan istri tersebut.

Ini disandarkan kepada hadis riwayat Al-Bukhari, daripada Maimunah R.Ha berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي وَأَنَا حِذَاءَهُ وَأَنَا حَائِضٌ وَرُبَّمَا أَصَابَنِي ثَوْبُهُ إِذَا سَجَدَ قَالَتْ وَكَانَ يُصَلِّي عَلَى الْخُمْرَةِ

Maksudnya;
“Rasulullah SAW senantiasa menunaikan solat di sisiku, padahal ketika itu aku sedang berhalangan. kadangkala ketika baginda sujud, pakaiannya terkena aku. Dia berkata (Maimunah), dia solat di atas tikar
[5]

Juga hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, bahwa Aisyah R.Ha berkata:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً مِنْ الْفِرَاشِ فَالْتَمَسْتُهُ فَوَقَعَتْ يَدِي عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ

Maksudnya;
“satu malam, Aku kehilangan Rasulullah daripada hamparan tidur. Lalu aku meraba-raba, didapati tanganku menyentuh tapak kaki Rasulullah SAW yang sedang menunaikan solat
[6]

Nah !! dari ulasan ini, nyata kepada kita bahwa antara akhlak Nabi SAW adalah tidak pernah mengabaikan istri-istrinya dalam melakukan ibadat, lebih-lebih lagi dalam menunaikan ibadat wajib dan ibadat sunat.

Dengan ini juga dipahami, menunaikan ibadat tersebut, tidak semestinya mesti berjauhan dengan istri manakala dia sedang berhalangan. Bahkan, jika ditunaikan bersebelahan dengan istri yang sedang tidur pun tidak mengapa, bahkan ianya lebih baik, disebabkan dapat menghindarkan dari timbul syak dalam hati istri sewaktu istri terjaga dari tidur.

Di samping itu juga, apabila para suami menunaikan solat malam di sebelah istri, pasti istri akan merasakan dirinya sedang dijaga walaupun si suami itu sedang menunaikan solat sekali pun.

Sekian


[1] Imam At-Tarmizi : 377. : telah disahihkan oleh Albani dalam kitab Sahih wa Daif Imam At-Tarmizi : 412.
[2] Sohih Muslim : 1210.
[3] Al-Mukjam Al-Awsat Li At-Tibrani : 3775.
[4] Imam Abu Daud : 1113. hadis ini adalah hasan saheh .
[5] Al-Bukhori : 366.
[6] Muslim : 751.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar