Kamis, 14 Oktober 2010

KISAH CINTA NABI SAW : SERI 5


BERSUKA CITA BERSAMA ISTRI

Bersuka cita merupakan antara cara untuk menyehatkan badan. Dengan bersuka ria, tubuh badan akan bergerak agrasif, sudah pasti melahirkan jasmani yang sehat.

Islam menyeru manusia agar hidup sehat. Sehubungan dengan itu itu, Islam meletakkan asas bahwa segala amalan kehidupan adalah harus, melainkan wujud nas yang menyatakan pengharamannya.

Maksudnya, semua bentuk kesukaan yang boleh menyehatkan badan adalah, selama bentuk kesukaan itu tidak terkandung unsue-unsur yang menyalahi syariat; menyalahi kandungan Al-Quran dan As-Sunnah secara Qatii, Sahih dan sorih.

Justru itulah, kita akan dapati bahwa Nabi SAW sendiri juga sering bersuka citaan. Bermain pedang, memanah, menunggang kuda menjadi amalan nabi SAW dan para sahabat, lebih-lebih lagi dengan tujuan untuk menyiapkan diri dengan persediaan dalam menggerunkan musuh-musuh islam.

Firman Allah;

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ

Maksudnya;
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu punyai dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu”

(Surah Al-Anfal : 60)

Dalam keadaan begitu pun, didapati bahawa bersukan yang diamalkan oleh Nabi SAW, bukan sekadar Nabi bersama-sama para sahabat saja, bahkan ada ketika-ketika tertentu, baginda SAW bersuka ciata bersama istri-istri baginda.

Antara lain adalah satu hadis Aisyah yang berkata;

سَابَقَنِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَبَقْتُهُ فَلَبِثْنَا حَتَّى إِذَا رَهِقَنِي اللَّحْمُ سَابَقَنِي فَسَبَقَنِي فَقَالَ هَذِهِ بِتِيكِ

Maksudnya;
“Nabi SAW berlomba-lomba denganku. Aku mendahului baginda. Ketika aku menjadi gemuk, Baginda berlomba-lomba denganku lagi, lalu Baginda telah mendahuluiku. Lalu baginda SAW berkata, ini sebagai balasan terhadap yang lalu”

Dalam riwayat yang lain pula menyatakan bahawa dalam satu perjalanan. Baginda bersama para sahabat. ketika itu, Aisyah turut sama dalam perjalanan tersebut.

Dalam perjalanan, Nabi SAW memaklumkan kepada para sahabat agar mereka berjalan dahulu, meninggalkan Baginda dan Aisyah di belakang. Apabila para sahabat sudah berada jauh di hadapan, lalu Baginda berkata kepada Aisyah ajak berlomba-lomba
[1].

Melihat hadis ini, pasti kita akan dapat membayangkan betapa lunaknya hati nabi dalam usaha hendak menggembirakan istri-istrinya. Memandang Nabi SAW adalah manusia yang selalu sibuk, baginda akan mengambil segala kesempatan yang ada untuk menggembirakan istri-istrinya.

Di samping dalam bepergian, baginda telah mengambil kesempatan yang ada dengan menjadikan kesukaan berlomba-lomba sebagai cara untuk bermesraan dan menggembirakan istri-istri baginda.

Dari hadis ini juga, kita akan dapati, Nabi SAW tidak menjadikan tempat awam sebagai penghalang Nabi SAW menyeronokkan istrinya. Bahkan, jika di tempat awam itu adalah ruang yang paling berkesan bagi Nabi mau menggembirakan istrinya, pasti dilakukan oleh baginda SAW.

Sebagai istri, pasti tindakan begini memberi kesan besar kepada hati mereka. Hal ini dapat dibuktikan dengan hadits riwayat Aisyah ini. Walaupun kejadian tersebut telah berlalu begitu lama, tapi masih berada di ingatan Aisyah sehingga saat Aisyah meriwayatkan hadis ini.

Sekian
Wallahu 'Alam


[1] Musnad Ahmad : 22989.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar