Sabtu, 09 Oktober 2010

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 2

ISTERI MENYEDIAKAN KEPERLUAN NABI

Imam Muslim meriwayatkan hadis, bahawa Aisyah R.Ha berkata;

كُنَّا نُعِدُّ لَهُ سِوَاكَهُ وَطَهُورَهُ فَيَبْعَثُهُ اللَّهُ مَا شَاءَ أَنْ يَبْعَثَهُ مِنْ اللَّيْلِ فَيَتَسَوَّكُ وَيَتَوَضَّأُ وَيُصَلِّي

Maksudnya;
”Kami senantiasa menyediakan sugi dan air bersuci untuk Rasulullah SAW, lalu Allah membangkitkan baginda dari tidur pada waktu malam, kemudian baginda bersugi, berwudu’ dan menunaikan solat.....
[1]”
 

URAIAN

Bersugi pada waktu malam, sama ada sebelum dan selepas tidur merupakan amalan Rasulullah SAW. Terutama ketika baginda SAW ingin berwudu’ dan menunaikan sholat.

Aisyah R.Ha berkata;

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لَا يَرْقُدُ مِنْ لَيْلٍ وَلَا نَهَارٍ فَيَسْتَيْقِظُ إِلَّا تَسَوَّكَ قَبْلَ أَنْ يَتَوَضَّأَ

Maksudnya;
”Sesungguhnya Nabi SAW tidak akan tidur pada waktu malam dan juga siang melainkan apabila baginda bangun, baginda akan bersugi sebelum baginda berwudu’
[2].

Bersugi merupakan amalan yang mulia, bahkan ianya amat terpuji disisi Allah SWT.

Sabda Nabi SAW:

السواك مطهرة للفم مرضاة للرب

Maksudnya;
”Bersugi adalah penyuci mulut dan punca mendapat redha Allah SWT
[3]”

Kepentingan sugi ini amatlah besar, sehinggakan Nabi SAW pernah menyebut;

وَلَوْلَا أَنِّي أَخَافُ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَفَرَضْتُهُ لَهُمْ

Maksudnya;
“Sekiranya aku tidak takut bahawa menjadi susah atas umatku, nescaya aku mewajibkan kepada mereka (bersugi)
[4]”

Memandangkan Baginda SAW sentiasa bangun menunaikan solat Tahajjud. Sebagai isteri yang mahu disayangi suami, Aisyah telah bertindak bahawa menyediakan segala keperluan Nabi untuk berwudu’ seperti kayu sugi dan air bersih untuk Nabi SAW bersuci sebelum Baginda SAW bangun dari tidur.

Tindakan ini, walaupun dilihat amat remeh, tetapi sebenarnya dapat memberi kesan yang terlalu besar kepada hati Baginda SAW. Ekoran dari itulah, tidak pelik, apabila dilihat, didapati bahawa antara isteri-isteri yang paling disayangi oleh Baginda SAW adalah Aisyah R.Ha.

Begitujuga, jika diperhatikan lagi, Baginda SAW juga amat menyintai Khadijah R.Ha sehinggakan selepas kematian Khadijah pun, baginda SAW masih lagi menyebut-nyebut tentang khadijah didepan isteri-isteri yang lain.

Mengapakah keadaan ini berlaku???

Rahsianya adalah kerana Khadijah adalah isteri yang sangat-sangat mengambil berat keadaan Nabi SAW, sehinggakan beliaulah teman hidup Nabi dikala nabi keseorangan. Beliau memilih Nabi dikala orang menolak Nabi. Beliau mencintai Nabi dikala baginda dibenci. Penerima Islam pertama dikala orang menghina Nabi. Tidak menyayangi harta untuk perjuangan islam yang dibawa oleh Nabi SAW.

Oleh yang demikian, mengambil berat keadaan suami merupakan tindakan yang penting bagi menyuburkan kasih sayang antara suami dan isteri. Pun begitu, perlu diingati bahawa mengambil berat tersebut hendaklah bersesuaian dengan masa dan ”mood” si suami. Ini kerana, ada sebilangan suami yang agak tidak berminat untuk ”bermanja” dalam sesuatu masa tertentu. Keadaan ini berlaku disebabkan perubahan Mood yang terjadi pada diri si suami.

Walaubagaimanapun, secara asasnya, mengambil berat terhadap keadaan suami merupakan tindakan yang dapat melahirkan kasih sayang antara suami isteri, seperti menggembirakannya dikala dia bersedih, menenangkan hatinya dikala hatinya sempit, memberi jalan keluar dikala dia kebuntuan, memudahkan urusannya dikala dia kesulitan, sentiasa memberi cadangan berbanding membantah, tidak menekan dan mendesak dikala dia tidak berkemampuan, bahkan dalam keadaan berkemampuan sekalipun dan sebagainya.

Lihatlah kepada Aisyah dan Khadijah yang terlalu mengambil berat terhadap suaminya, menyebabkan cinta Nabi kepada dua insan ini amat terserlah.

Lihatlah kepada Aisyah yang menyediakan kayu sugi dan air bersih untuk baginda SaW bersuci, walaupun tindakan itu dilihat amat remeh, tetapi ianya amat memberi kesan besar kepada cinta Nabi SAW kepada Aisyah.

Begitu juga kepada para kaum hawa, yang mana sebagai isteri, bertindak mengambil berat terhadap suami, seperti sentiasa menyediakan makanan, menyiapkan pakaian yang sudah disetarika, memakaikan stokin, memotong kuku suami dan berbagai-bagai lagi, merupakan tindakan yang pada pandangan mata kita adalah remeh, tetapi ianya amat memberikan kesan besar bagi cinta seorang suami kepada isterinya.

Sekian

Jumat, 08 Oktober 2010

KISAH CINTA NABI SAW

MANDI BERSAMA-SAMA ISTRI

Imam Al-Bukhari meriwayatkan;

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ تَخْتَلِفُ أَيْدِينَا فِيهِ

Maksudnya;
“Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)
[1]”

URAIAN

Dari hadis ini, kita dapat melihat bagaimana indah dan romantis-nya Nabi Saw dengan Istri-istrinya. Gambaran romantika ini, disampaikan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa, bahkan termasuk juga mandi junub atau disebut sebagai mandi wajib.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ وَنَحْنُ جُنُبَانِ

Maksudnya;
“Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub
[2]”

Tindakan nabi SAW ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama, bahkan Aisyah juga pernah bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah
[3].

Dan pernah sambil mandi, mereka bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehingga Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya karena semuanya telah diambil oleh Nabi SAW
[4].

Bahkan dalam hadis yang lain, Ummu Salamah pernah bercerita bahwa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Hal ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa
[5].

Dengan ulasan ini, penilaian yang kita dapat ambil adalah, sebagai manusia yang menjadi Umat Nabi Muhammad SAW, selayaknya kita mencontohi amalan Rasulullah SAW ini.

Anggapan yang mengatakan bahwa mandi bersama-sama dengan Istri merupakan amalan jelek, merupakan satu anggapan yang salah dan tersesat dari ajaran islam. Bahkan, jika ditanya kepada kaum hawa, pasti mereka akan merasakan dihargai jika mereka diperlakukan sedemikian oleh suami mereka.

Sebagai istri pula, tidak selayaknya kaum hawa menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahwa Aisyah amat berbangga dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Sekian

Rabu, 06 Oktober 2010

IDUL FITHRI DAN HALAL BIHALAL (2)


2      Arti Halal bihalal
Halal bihalal, suatu istilah khas Indonesia, karena sekalipun berasal dari bahasa Arab, rangkaian kalimat seperti ini tidak dikenal dalam susunan bahasa Arab. Arti halal bihalal dapat ditemukan dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia karangan Purwo Darminto, yakni “Acara maaf-memaafkan pada hari lebaran.”
Kata halal dari segi bahasa terambil dari akar kata halla (حل) atau hallala (حلل) yang mempunyai berbagai bentuk dan makna sesuai dengan rangkaian kalimatnya. Makna-makna tersebut antara lain adalah :
a.              Menyelesaikan problem atau kesulitan;
b.              Meluruskan benang kusut;
c.              Mencairkan yang beku;
d.              Melepaskan ikatan yang membelenggu.
Dengan demikian orang yang berhalal bihalal menginginkan adanya sesuatu yang mengubah hubungan yang tadinya keruh menjadi jernih, dari yang beku menjadi cair, dari yang terikat menjadi terlepas atau bebas.

2.             Macam-macam Dosa
Dosa ada 3 macam :
a.              Dosa yang diampuni
Yaitu dosa seorang hamba kepada Tuhannya. Dosa-dosa yang dikerjakan antara shalat fardhu yang satu dengan shalat berikutnya, antara shalat Jum’at yang satu dengan shalat Jum’at yang berikutnya, dosa yang dikerjakan antara puasa Ramadhan yang satu dengan puasa Ramadhan berikutnya akan terhapus secara otomatis selama dijauhi atau tidak mengerjakan dosa besar.
b.              Dosa yang tidak diampuni
Yaitu dosa syirik kepada Allah. Syirik kepada Allah tidak akan diampuni dosanya manakala sebelum meninggal dunia belum taubat dan tidak mohon ampun kepada Allah. (QS. An Nisa : 48, 116; Al Maidah : 72; Az Zumar : 65) 
c.              Dosa yang dibalas dengan balasan yang setimpal
Yaitu dosa yang dilakukan kepada sesama manusia. Mendzalimi orang lain atau merampas hak orang lain misalnya, apabila yang bersangkutan meninggal dunia belum sempat minta maaf dan belum minta halalnya, maka Allah akan menuntut balas kepada yang berbuat dzalim atau kepada orang yang merampas hak orang lain tadi dengan cara mengambil kebaikan atau amal shalihnya kemudian diberikan kepada orang yang didzalimi atau orang yang dirampas haknya. Apabila dengan cara demikian, belum juga terbayar kedzalimannya, lebih lanjut Allah akan mengambil dosa orang yang didzalimi kemudian ditimpakan kepada orang yang berbuat dzalim tadi. Jadilah ia orang yang bangkrut (muflis) dan akhirnya dicampakkan ke dalam api neraka.
Disinilah arti penting halal bihalal. Diharapkan orang yang berhalal bihalal, tidak saja saling maaf-memaafkan dan saling menghalalkan, tetapi supaya dapat mencapai peringkat “yashfahu” yang bukan saja berarti kelapangan, tetapi juga membuka lembaran atau halaman (الصفح) yang baru .
Seseorang yang melakukan yā’fu dan yashfahu hendaknya mampu menampung segala ketersinggungan serta dapat pula menutup lembaran lama dan membuka lembaran baru. Perhatikan firman Allah yang berikut :
 “... dan hendaklah mereka mema'afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah  mengampunimu? ...” (QS. An Nuur : 22)   

Senin, 04 Oktober 2010

IDUL FITHRI DAN HALAL BIHALAL



Halal bihalal sudah membudaya dikalangan bangsa Indonesia, sehingga melibatkan semua pihak baik muslim maupun non muslim, mereka yang berpuasa maupun mereka yang tidak berpuasa.
Berbicara masalah halal bihalal tidak dapat dipisahkan dengan berbicara tentang peristiwa yang mendahuluinya, yaitu Idul Fitri, karena adanya halal bihalal ini di dahului oleh Idul Fitri, sedangkan Idul Fitri ada karena adanya Shiyam Ramadhan.
Oleh sebab itu dalam membahas halal bihalal mestinya kita mulai dari pembahasan Shiyam Ramadhan, namun mengingat sempitnya waktu maka pembahasan kita mulai dari Idul Fitri.
1.             Arti Idul Fitri
Kata Idul Fithri (عيد الفطر) banyak orang yang mengartikan kembali kepada kesucian. Terjemah ini tidak 100% betul, sebab tidak ada kamusnya. Yang ada pada kamus Munjid, kata Ied (عيد) berakar ‘Aada (عاد) = telah kembali, Shighatnya fi’il maadli, Ya’uudu (يعود) = lagi kembali, shighatnya fi’il Mudhori', dan Audan (عودا) atau 'Audatan (عودة) = kembali, shighatnya isim masdar.
Kemudian    kalau    kata    'Aada   -   ‘Ya’uudu    -    ‘audan,    ‘Iyaadan    dan  ‘  Iyaadatan                            (عاد – يعود – عودا – عيادا – عيادة) = pergi menengok orang sakit.
Ternyata disitu kata kembali bahasa arabnya ‘Audan (عودا) dan ‘Audatan (عودة) dan bukan ‘Iid (عيد).
Adapun kata Ied (عيد) yang ada pada kamus munjid adalah :
العيد = الموسم . كل يوم فيه جمع اوتذ كارلذي فضل او حاد ثة مهمة
“Ied = musim, (Yaitu semua hari yang disitu untuk kumpul-kumpul atau sebagai peringatan karena memiliki keutamaan atau peristiwa yang penting.”
قيل أنه سمي عيدا لأ نه يعود كل سنة بفرح مجدد
“Kemudian hari tadi disebut “IID” karena ia senantiasa datang kembali dengan membawa kegembiraan yang baru”
Sedangkan kata fithr (فطر) muradifnya “kasrush-shaumi” (كسر الصوم) artinya: buka puasa. Kata fithr (فطر) tidak sama dengan “fithrotun” (فطرة) muradifnya “Khilqatun” (خلقة) = kejadian atau perangai semula.
Jadi “Iidul Fithri” (عيد الفطر) artinya: "Iidul Muslimin ba'da shaumi Ramadhan”                      (عيد المسلمين بعد صوم رمضان)  Artinya : “Hari Raya Umat Islam setelah Shaum Ramadhan”  (Munjid, Hal:619).
Adapun Iidul Fithri yang sering diartikan kembali kepada kesucian, konotasinya pada hadits Nabi riwayat Ibnu Majjah dan Baihaqi dari Abdurrahman bin'Auf, bahwa Nabi Muhammad saw bersabda :
 من صامه وقامه ايمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه
“Barang siapa puasa Ramdhan dan Qiyam Ramadhan (Shalat Tarawih pada malam harinya) dengan penuh iman dan mengharapkan ridlo Allah, pasti akan keluar dari dosanya sebagaimana pada hari ia dilahirkan oleh ibunya.” 

Dari hadits seperti tersebut di atas, barang kali “Iidul Fithri” diartikan dan difahami kembali kepada kesucian, dengan catatan shiyam dan qiyam Ramadhan-nya benar-benar didasari iman dan mengharap ridlo Allah semata.

Sabtu, 02 Oktober 2010

KEAJAIBAN ANGKA 19 DALAM AL QUR’AN


Pada
surat ke-74 (Al Mudatsir) ayat : 30-31, yang artinya sbb :

http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=ind&nSora=74&nAya=30&t=ind

[30] Di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga).
[31] Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari malaikat; dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cobaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi Al Kitab menjadi yakin dan supaya orang yang beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab dan orang-orang mukmin itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (mengatakan): "Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan?" Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan tidak ada yang mengetahui tentara Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia.
Keajaiban angka 19 di dalam kitab AlQur’an ini pertama kali ditemukan seorang sarjana pertanian Mesir bernama Rashad Khalifa. Hasil penemuannya ini didemonstrasikan ketika diselenggarakan Pameran Islam Sedunia di London pada tahun 1976 . Berikut cuplikan dari sebagian penemuannya tersebut :
  1. “Bismillaahirrahmaanirraahiim” (dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang) sebagai pembuka setiap
    surat dalam Al Qur’an ternyata terdiri dari 19 huruf (atau 19 X 1 ).
  2. Bacaan ‘Basmalah’ terdiri dari kelompok kata : Ismi – Allah – Arrahman – Arrahim. Jumlah dari masing-masing kata tersebut dalam Quran ternyata selalu merupakan kelipatan angka 19.
Kata dalam Al Qur’an
Jumlah
Kelipatan 19
Ismi
19
19 X 1
Allah
2.698
19 X 142
Arrahman
57
19 X 3
Arrahim
114
19 X 6
Apabila faktor pengalinya dijumlahkan hasilnya juga merupakan kelipatan angka 19 , yaitu 1 + 142 + 3 + 6 = 152 (atau 19 X 8).
  1. Jumlah total keseluruhan surat-surat dalam Quran sebanyak 114
    surat (atau 19 X 6 ).
  2. Bacaan ‘Basmalah’ dalam Quran ditemukan sebanyak 114 buah (atau 19 X 6 ), dengan perincian sbb: Sebanyak 113 buah ditemukan sebagai pembuka surat-surat kecuali surat ke-9 (At Taubah), sedangkan sebuah lagi ditemukan di
    surat ke-27 ayat : 30.
  3. Dari point 4 di atas, ditemukan hubungan yang menarik antara surat ke-9 dan ke-27. Surat ke-27 ternyata merupakan surat yang ke-19 jika dihitung dari surat ke-9. ============ surat ke : 9, 10, 11, 12, ………………., 25, 26, 27
    ======= urutan
    surat ke : 1, 2, 3, 4, ………………., 17, 18, 19.
  4. Surat ke-27 ayat : 30 tempat ditemukannya bacaan ‘Basmalah’. Jika nomor
    surat (27) dan nomor ayatnya (30) dijumlahkan , yaitu 27 + 30 = 57. Hasilnya merupakan kelipatan angka 19(atau 19 X 3 ).
  5. Dari point 6, apabila bilangan surat-surat dijumlahkan mulai dari
    surat ke-9 s/d ke-27, (9+10+11+12+…+24+25+26+27) maka hasilnya adalah 342 (atau 19 X 18 ).
  6. Wahyu pertama (Surat ke-96 ayat : 1-5 ) terdiri dari 19 kata (atau 19 X 1 ) dan 76 huruf (atau 19 X 4 )
  7. Wahyu kedua (Surat ke-68 ayat : 1-9 ) terdiri dari 38 kata (atau 19 X 2 ).
  8. Wahyu ketiga (Surat ke-73 ayat : 1-10 ) terdiri dari 57 kata (atau 19 X 3 ).
  9. Wahyu terakhir (Surat ke-110 ) terdiri dari 19 kata (atau 19 X 1 ), dan ayat pertama dari Surat ke-110 tersebut terdiri dari 19 huruf (19X1).
  10. Wahyu yang pertamakali menyatakan ke-Esaan Allah adalah wahyu ke-19 (Surat ke-112, Al Ikhlas)
  11. Surat ke-96 tempat terdapatnya wahyu pertama, terdiri dari 19 ayat (atau 19 X 1 ) dan 304 huruf (atau 19 X 16 ). Selain itu juga ternyata surat ke-96 tersebut merupakan surat yang ke-19 bila diurut/ dihitung mundur dari belakang Quran. =========== surat ke : 114, 113, 112, 111, ………………., 98, 97, 96
    ======= urutan surat ke : 1, 2, 3, 4, ………………., 17, 18, 19.
Bukti-bukti di atas menunjukkan bahwa Quran tersusun dengan perhitungan sistim kunci (interlocking system), sesuai maksud dari surat ke-85 ayat : 20, yang artinya : “Allah telah mengepung/ mengunci mereka dari belakang”.
  1. Dari point 13, apabila bilangan surat-surat dijumlahkan mulai dari
    surat ke-114 s/d ke-96, (114+113+112+111+…+98+97+96) maka hasilnya adalah 1995 (atau 19 X 105 ).
  2. Bagian tengah-tengah Quran jatuh pada
    Surat ke-18 (Al Kahfi) ayat : 19 (atau 19 X 1 ).
  3. Penulis juga menemukan bukti bahwa surat-surat yang memiliki 8 (delapan) ayat dan 11 (sebelas) ayat ditemukan yang paling banyak dalam Quran, yakni masing-masing terdiri dari 5 (lima) buah
    surat. Disusul kemudian surat-surat yang memiliki 3 (tiga), 19 (sembilan belas), 29 (dua puluh sembilan), 30 (tiga puluh), dan 52 (lima puluh dua) ayat, yang masing-masing terdiri dari 3 (tiga) buah
    surat. Apabila dijumlahkan ayat-ayat tersebut sesuai dengan kelompoknya maka hasilnya merupakan kelipatan angka 19, yaitu sbb := surat ke: 94, 95, 98, 99, 102 masing-masing terdiri dari: 8 ayat
    = surat ke: 62, 63, 93, 100, 101 masing-masing terdiri dari: 11 ayat
    Apabila jumlah ayat-ayatnya dijumlahkan : 8+11=19, (atau 19 X 1 )
== surat ke : 103, 108, 110 masing-masing terdiri dari: 3 ayat
== surat ke : 82, 87, 96 masing-masing terdiri dari: 19 ayat
== surat ke : 48, 57, 81 masing-masing terdiri dari: 29 ayat
== surat ke : 32, 67, 89 masing-masing terdiri dari: 30 ayat
== surat ke : 14, 68, 69 masing-masing terdiri dari: 52 ayat
Apabila jumlah ayat-ayatnya dijumlahkan : 3+19+29+30+52=133, (atau 19X7).
  1. Quran merupakan satu-satunya kitab suci di dunia ini yang memiliki tanda-tanda khusus (initials) berupa huruf-huruf (code letters) atau sebagaimana disebut dalam bahasa Arab “Muqatta-‘aat” yang artinya “kata singkatan”. Di dalam Quran terdapat sebanyak 29 (dua puluh sembilan) surat-surat yang diawali dengan 14 (empat belas) macam kombinasi dari 14 (empat belas) huruf-huruf “Muqatta-‘aat”. 14 huruf-huruf itu adalah : alif, lam, mim, ra’, kaf, ha’, yaa’, ain, shad, tha’, shin, qaf, nun, dan kha’. 14 macam kombinasi huruf adalah :
    1. Alif, lam, mim
    2. Kha, mim
    3. Alif, lam, ro’
    4. Alif, lam, mim, ro’
    5. Tho’, sin
    6. Tho’, sin, mim
    7. Ya’, sin
    8. Nun
    9. Kaf, kha’, ya’, ain, shod
    10. Alif, lam, mim, shod
    11. Shod
    12. Qof
    13. Ain, sin, qof
    14. Tho’, ha’
Ke - 29 surat-surat itu adalah : surat ke : 2, 3, 7, 10 11, 12, 13, 14, 15, 19, 20, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 36, 38, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 46, 50, dan 68. Jika bilangan dari banyaknya huruf (14), banyaknya kombinasi (14), dan jumlah
surat (29), maka hasilnya: 14 + 14 + 29 = 57. (atau 19 X 3 ).

Jumat, 01 Oktober 2010

Penyakit Hati; ‘Ujub (Kagum akan diri sendiri), Iri dan Dengki serta Cara Mengobatinya


Hati (Bahasa Arab Qolbu) adalah bagian yang sangat penting daripada manusia. Jika hati kita baik, maka baik pula seluruh amal kita:
Rasulullah saw. bersabda, “….Bahwa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya, dan apabila ia itu rusak maka rusak pula seluruh perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.” (HR Imam Al-Bukhari)
Sebaliknya, orang yang dalam hatinya ada penyakit, sulit menerima kebenaran dan akan mati dalam keadaan kafir.
“Orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka, disamping kekafirannya yang telah ada dan mereka mati dalam keadaan kafir.” [Q.S. At Taubah 125]
Oleh karena itu penyakit hati jauh lebih berbahaya daripada penyakit fisik karena bisa mengakibatkan kesengsaraan di neraka yang abadi.
Kita perlu mengenal beberapa penyakit hati yang berbahaya serta bagaimana cara menyembuhkannya.
Ini mirip dengan sombong. Kita merasa bangga atau kagum akan diri kita sendiri. Padahal seharusnya kita tahu bahwa semua nikmat yang kita dapat itu berasal dari Allah.
Jika kita mendapat keberhasilan atau pujian dari orang, janganlah ‘ujub. Sebaliknya ucapkan “Alhamdulillah” karena segala puji itu hanya untuk Allah.
Iri dan Dengki
Allah melarang kita iri pada yang lain karena rezeki yang mereka dapat itu sesuai dengan usaha mereka dan juga sudah jadi ketentuan Allah.
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” [Q.S. An Nisaa’ 32]
Iri hanya boleh dalam 2 hal. Yaitu dalam hal bersedekah dan ilmu.
Tidak ada iri hati kecuali terhadap dua perkara, yakni seorang yang diberi Allah harta lalu dia belanjakan pada jalan yang benar, dan seorang diberi Allah ilmu dan kebijaksaan lalu dia melaksanakan dan mengajarkannya. (HR. Bukhari)
Jika kita mengagumi milik orang lain, agar terhindar dari iri hendaknya mendoakan agar yang bersangkutan dilimpahi berkah.
Apabila seorang melihat dirinya, harta miliknya atau saudaranya sesuatu yang menarik hatinya (dikaguminya) maka hendaklah dia mendoakannya dengan limpahan barokah. Sesungguhnya pengaruh iri adalah benar. (HR. Abu Ya’la)
Dengki lebih parah dari iri. Orang yang dengki ini merasa susah jika melihat orang lain senang. Dan merasa senang jika orang lain susah. Tak jarang dia berusaha mencelakakan orang yang dia dengki baik dengan lisan, tulisan, atau pun perbuatan. Oleh karena itu Allah menyuruh kita berlindung dari kejahatan orang yang dengki:
“Dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki.” [Q.S. Al Falaq 5]
Kedengkian bisa menghancurkan pahala-pahala kita.
Sesungguhnya hasud (iri dan dengki), mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu.  (HR. Abu Dawud). Waspadalah! Waspadalah!

Rabu, 29 September 2010

Beda Rasulullah Muhammad SAW & Kita Cuma Sedikit Sekali


Kalau Rasulullah sedikit-sedikit bersedekah, kalau kita sedikit bersedekah
Kalau Rasulullah sedikit makan, kalau kita sedikit-sedikit makan
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit bekerja, kalau kita sedikit sekali bekerja
Kalau Rasulullah sedikit tidur, kalau kita sedikit-sedikit tidur
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit shalat, kalau kita sedikit sekali shalat
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit baca surat panjang, kalau kita sedikit baca surat panjang


Kalau Rasulullah sedikit-sedikit berjuang, kalau kita sedikit sekali berjuang                 
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit dzikir, kalau kita sedikit sekali dzikir
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit cobaan, kalau kita sedikit sekali cobaan
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit berkorban, kalau kita sedikit sekali berkorban
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit dakwah, kalau kita sedikit sekali dakwah.
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit berpuasa sunnah, kalau kita sedikit puasa sunnah


Kalau Rasulullah sedikit harta, kalau kita sedikit-sedikit harta

Kalau Rasulullah sedikit-sedikit tahajud, kalau kita sedikit sekali tahajud
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit dhuha, kalau kita sedikit sekali dhuha
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit membaca Qur’an, kalau kita sedikit membaca Qur’an
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit mengajarkan ilmu, kalau kita sedikit mengajarkan ilmu
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit memaafkan, kalau kita sedikit sekali memaafkan
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit menyampaikan, kalau kita sedikit sekali menyampaikan